SK ABANG ALI, Sibu
Tuesday, July 20, 2010
Pusat Sumber Sekolah
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah merupakan suatu proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan sumber. Dalam kontek ini PSS menjadi pemangkin kepada kecemerlangan tatkala ia berperanan sebagai sebahagian daripada program pendidikan. Pihak Pengurusan Pusat Sumber Sekolah mempunyai peranan dan tanggung jawab dalam menguruskan sumber seperti guru-guru, pelajar, hartamodal, bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan pelaksanaan semasa melaksanakan tugas mereka. Pengurusan Pusat Sumber yang cekap lagi sistematik dapat memberi faedah dan perkhidmatan yang maksimum dan efektif kepada pelanggannya yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid.
DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber sekolah memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih luas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya;
Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.
Pusat sumber menyediakan maklumat , perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat penndidikan.
Ke arah Pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH
VISI PUSAT SUMBER SEKOLAH
Mewujudkan PSS yang lengkap dengan pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan pengisihan ruang agar semua murid khususnya dapat menguasai Kemahiran berfikir di samping membantu guru-guru mencari maklumat.
Mengekalkan prasarana menuju ke arah penggunaan komputer dan internet. Melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH
Memberikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik kepada semua lapisan murid seiiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
Membentuk generasi sekolah sebagai sebuah generasi yang berilmu pengetahuan luas dalam pelbagai bidang selaras dengan era multimedia.
"Ke Arah Generasi Berilmu dan Bermaklumat"
JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
PENGERUSI
(GURU BESAR)
EN. MAHMUD HJ. AHAD
NAIB PENGERUSI
(GURU PENOLONG KANAN 1)
SETIAUSAHA
(PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH)
EN. SIA PIK KAI
GURU KHIDMAT PERPUSTAKAAN
PN. SITI AISHAH HJ. SULONG( K)
PN DYG. SLIMA BTE GOBEL
PN AYUYAHTI ARIP
PN. RUBIAH BTE LET
PN. NORASMAH BT. ABD. RASHID
PN. AMINAH BT. MAHMUD
PN. RATANA DEWI
GURU KHIDMAT NILAM
PN. MINCHENG ( K)
PN. SITI AISHAH HJ. SULONG
PN. FIONA ENTRIE
PN. HABSAH IBRAHIM
PN. SAYANG BT SABAWI
PN DYG SLIMA
PN KHAMISAH JERAIE
PN ARYANTI JALIL
GURU KHIDMAT BANK SOALAN
EN. TENGGA AK SIGAT( K)
EN. MOHD. AKMAL
USTZ. FAIZAL B. ABDUL HADI
KURIKULUM
EN. MOHD. ZAMHARI B. HJ. FAUZI
CIK KHAMISAH BTE JERAIE
SEMUA KETUA PANITIA
GURU KHIDMAT MAKMAL KOMPUTER
CIK SITI MAWARANI YUSOF